Bilik darjah merupakan
medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas,peranan dan tanggung jawab.
Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya
amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang
paling komited di luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak
akan dikatakan sebagai pemain jika sekadar duduk di luar padang walaupun
mempunyai kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik darjah perlu
diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran
dapat dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik
berketerampilan cemerlang.
Pada asanya, pengurusan
bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun banyak teori
dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di
institut-institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan
dihayati oleh guru pelatih, proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Bilik darjah yang mempunyai
pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru “one
of the most wonderful jobs in the world” kerana setiap hari guru mengalami
pelbagai pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah.
Antara pendekatan yang digunakan
dalam pengurusan bilik darjah di sekolah ialah dengan menetapkan peraturan dalam bilik darjah yang telah dipersetujui
oleh pelajar. Antara contoh peraturan yang perlu diwujudkan ialah
seperti peraturan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika guru
mengambil kedatangan pelajar, penggunaan cecair pemadam, bagaimana prosedur menjawab
pertanyaan guru dan juga peraturan khusus apabila aktiviti kumpulan dijalankan.
Dengan wujudnya peraturan, ia akan memudahkan guru mengawal tindak tanduk
pelajar.
Selain itu, perancangan
terhadap susunatur dalam bilik darjah juga perlu dilakukan. Susunan
yang baik seharusnya membolehkan guru memerhati semua pelajarnya dan seterusnya
dapat mengendali bilik darjah dengan mudah. Ruang yang kerap digunakan
sepatutnya tidak mempunyai sebarang bentuk halangan dan mudah dilalui. Pelajar
juga perlu berada di dalam kedudukan yang selesa di mana mereka boleh melihat
guru ataupun sebarang persembahan pengajaran oleh guru tanpa perlu berpaling ataupun
bergerak ke mana-mana. Bahan yang kerap digunakan di dalam bilik darjah seperti
buku rujukan dan kad kebenaran keluar bilik darjah sepatutnya ditempatkan di tempat
yang mudah diambil apabila diperlukan.
Selanjutnya, guru juga
perlu membina dan menjaga hubungan baik dengan pelajar. Dalam menguruskan
pelajar, guru perlu bersabar dan banyak bertolak ansur untuk memenangi hati
pelajar agar pelajar akan menghormati guru mereka. Guru juga perlu menitikberatkan
ketrampilan penyampaian ketika memulakan sesi pengajaran di bilik darjah.
Kemahiran set induksi merupakan kemahiran utama yang perlu dikuasai olehseorang
guru pelatih dalam menarik minat serta merangsang pelajar supaya menumpukan perhatian
terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan. guru sebagai pendidik
mereka.
Kesimpulannya,
pengurusan bilik darjah adalah merupakan sas penting bagi seorang guru sebelum
mereka ingin menyampaikan sesuatu pengajaran. Pengurusan bilik darjah yang
sistematik dan teratur akan memudahkan proses PDP dan memberi keselasaan kepada
murid dan guru.
Pengurusan Bilik
Darjah :
•Definisi
•Komponen pengurusan
bilik darjah
•Cara penyusunan bilik
darjah
Komponen Pengurusan Bilik Darjah :
•Penyusunan kemudahan
fizikal bilik darjah
•Peraturan bilik darjah
•Pengurusan tingkahlaku
•Pembahagian kumpulan
pengajaran dan pembelajaran
•Penyipanan rekod
•Penjadualan
1.SUSUNAN FIZIKAL
Intipati pengajaran melibatkan guru berinteraksi dengan murid dan kurikulum.
2.PUSAT PEMBELAJARAN
(A) FAKTOR PENUBUHAN
- ASPEK FIZIKAL
-Intipati pengajaran melibatkan guru berinteraksi dengan murid dan kurikulum.
- ASPEK PSIKOSOSIAL
-Bagi membolehkan seseorang guru berperanan sebagai pengurus persekitaran sosial.
- ASPEK EKONOMI
-Peruntukan yang disediakan oleh pihak kerajaan.
-ASPEK DAYA USAHA DAN KREATIF
-Kreativiti yang dilakukan oleh seseorang guru untuk menceriakan bilik darjah.
(B) JENIS PUSAT PEMBELAJARAN
- JENIS PUSAT PEMBELAJARAN LANGSUNG
Pengurusan sudut dan ruang pembelajran mestilah dikelolakan dalam keadaan yang kemas dan teratur serta dilengkapkan dengan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai digunakan oleh murid-murid yang menjalankan aktiviti pembelajaran.
- JENIS PUSAT PEMBELAJARAN TERBUKA
Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka R.S Barth ada menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran, ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pembelajaran serta penglibatan pelajar dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran.
- JENIS PUSAT PEMBELAJARAN KEMAHIRAN
Dalam KBSM, beberapa bilik darjah mata pelajaran juga disediakan. Antaranya ialah makmal sains, bilik ekonomi rumah tangga, bilik seni perusahaan, pusat sumber dan sebagainya. Bilik darjah mata pelajaran khas ini dilengkapi dengan pelbagai jenis alatan yang boleh guru membuat demonstrasi serta memberi peluang kepada pelajar menggunakannya dalam amali.
3. BAHAN PEMBELAJARAN
Bahan pembelajaran merupakan komponen penting yang harus dipersiapkan oleh guru sebelum melaksanakan kegiatan belajar dan pembelajaran. Kelengkapan bahan pembelajaran akan membantu guru dan murid dalam proses pembelajaran di dalam bilik darjah .
4. SUMBER PEMBELAJARAN
Pengurusan sumber bermaksud satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran sempurna.
RUJUKAN :
Akhiar pardi dan Shamsina Shamsuddin (2011). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku. Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2009). Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku.
Penerbitan Multimedia. Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999).Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah. Utusan Pulication & Distribution Sdn. Bhd.
Mohd Hasani Dali, 2009
Pengurusan Bilik Darjah, Universiti Utara Malaysia, Kedah
Comments
Post a Comment