Bilik
pembelajaran merupakan tempat di mana berlakunya proses pembelajaran dan
pengajaran di antara guru dan juga murid. Oleh yang demikian, strategi yang
sesuai perlulah digunakan untuk menguruskan bilik-bilik pembelajaran yang ada.
Pengurusannya perlulah diteliti agar persekitaran pembelajaran yang kondusif
dapat diwujudkan. Terdapat beberapa aspek yang dibincangkan di dalam topik ini
iaitu, fizikal bilik darajah, interaksi bilik pembelajaran dan iklim
pembelajaran yang positif.
Berdasarkan topik ini didapati bahawa faktor yang
mempengaruhi pengurusan bilik darjah ialah factor fizikal Penyusanan bilik
darjah dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Menurut Sharifah
Alwiah Alsagof, persekitaran fizikal bilik darjah yang baik akan dapat
meningkatkan kuasa serta sumber pengajaran guru. Strategik pengurusan bilik
pembelajran meliputi spek penyusunan tempat duduk pelajar, meja guru dan
melakukan rutin bilik darjah. Dari segi bentuk penyusunan kerusi meja pelajar Kedudukannya
tidak menyebabkan ada pelajar yang membelakangkan papan hitam, ini kerana
penerangan guru secara kelas akan menyebabkan pelajar terpaksa berpusing dan
akan menyebabkan merasa terganggu. Manakala meja guru pula adalah berada di
bahagian hadapan kelas dan guru harus berada di sekitar meja pelajar bagi
pembantu dalam proses pembelajaran. Rutin bilik darjah adalah seperti membuat
pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah dan ianya perlukan dilakukan
pada waktu yang telah ditetapkan.
Interaksi dalam bilik darjah adalah satu proses saling
bertindak yang berlaku di antara
sekurang-kurangnya dua pihak. Istilah dua pihak bermaksud sama ada ia
merupakan orang perseorangan ataupun sekumpulan manusia jenis interaksi
bercorak lisan seperti Interaksi sehala atau tradisional, Interaksi dua hala
antara guru dan murid, Interaksi dua hala antara murid dan murid,Interaksi
pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan Interaksi komputer
Kepimpinan dan kaedah mengajar guru sememangnya adalah
amat mempengaruhi suasana bilik darjah. Suasana PDP yang demokratik
menggalakkan pelajar untuk bekerjasama. Guru boleh mempengaruhi pelajara secara
langsung seperti, sikap selalu marah, memberi arahan dan terlalu kritikal. Guru
yang mempengaruhi pelajar secara tidak langsung adalah melalui menerima
perasaan pelajar tanpa menakutkannya, memuji pelajar dan menggalakkan mereka
menggunakan dan menerima idea pelajar lain.
Terdapat beberapa
elemen-elemen komunkasi yang berkesan dalam PDP. Guru hendaklah seorang yang
bermaklumat dan mempunyai pengetahuan. Berkemahiran berucap dalam menyampaikan
idea. Ini ditentukan oleh elemen-elemen seperti telah menguasai isi pelajaran;
mampu menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, kontak mata, bahasa
badan., sentuhan, merumus isi pelajaran dalam bahasa yang mudah bersedia
berbincang dengan murid. Komunikasi merupakan eleman yang sangat penting dalam
menjadikan proses penyampaian maklumat lebih berkesan dan lancer.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah haruslah dilakukan
melalui kerjasama diantara guru dan pelajar bagi memastikan suasana kelas
sentiasa ceria dan selesa lastas dapat mengurangkan masalah disiplin.
Strategi Mengurus
Bilik Pembelajaran :
•Definisi
•Penyusunan bilik darjah
•Kegiatan rutin bilik darjah
•Penyimpanan rekod
•Jenis Interaks
bercorak lisani
Comments
Post a Comment