TOPIK 3: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR.


Pengurusan bermaksud proses merancang, pengorganisasian, memimpin dan mengawal usaha-usaha ahli organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, aspek pengurusan adalah satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekelilingnya. Pengurusan dikaitkan dari pengurusan sebuah keluarga, komuniti atau organisasi hinggalah kepada pengurusan sebuah negara
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran  pelajar merupakan sebuah elemen penting  yang berperanan dalam meningkatkan prestasi pelajar serta berfungsi dalam penyampaian ilmu. Objektif dalam pengajaran dan pembelajaran juga adalah bergantung kepada sejauhmanakah pengurusan dan pembelajaran ini dijalankan. Bagi seorang pendidik, penguasaan terhadap  biik darjah adalah penting bagi membolehkan maklumat dapat  disampaikan kepada pelajar. Hal ini jelasnya dapat meningkatkan pengawalan kelas yang berkesan.
Guru  berperanan sebagai pengurus bilik darjah.  Guru bertanggungjawab untuk merancang, mengelola, mengawal dan mengarah. Dalam aspek merancang itu , sebagai contoh guru berperanan untuk merancang objektif pelajaran, strategi dan kaedah pengajaran, merancang bahan-bahan pengajaran dan merancang kemudahan  serta susun fizikal bilik darjah. Dengan adanya perancangan tersebut menjadikan kerja guru dalam pengejaran akan lebih mudah dan efektif.  Dalam aspek mengelola pula, guru bertanggungjawab untuk mengurus rutin bilik darjah, aktiviti murid,aktiviti kumpulan dan kaedah fizikal dan kemudahan. Dalam aspek mengawal pula, guru perlu mengawal peraturan bilik darjah,memastikan  tiada masalah disiplin  dan mengawal murid bermasalah peribadi. Seterusnnya, dalam Mengarah, guru akan mengarahkan murid menjawab soalan guru,murid harus mematuhi  disiplin bilik darjah dan mengarah untuk menguruskan tugas harian bilik darjah.
Selanjutnya, dalam aspek  persediaan rancangan kerja  guru perlu membuat perancangan terlebih dahulu sebelum mengajar, Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, alat bahan bantu mengajar (ABBM) agar pengajaran pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Perancangan perlu mempunyai objektif, teknik dan kaedah. Hal ini bagi membolehkan guru tersebut lebih bersedia untuk mengajar. Dengan adanya ABM juga para pelajar kan mudah faham dan subjek yang diajar lebih menarik. Pengurusan sumber pengajaran dan pembelajaran juga adalah sangat penting. Sumber pengajaran terdiri daripada  bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses Pengajaran Pembelajaran. Penggunaaan penyediaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dapat melancarkan proses pengajaran. Antara sumber pengajaran dan pembelajaran ialah buku teks, buku rujukan dan alat bantu mengajar.
Kesimpulannya, pengurusan pengajaran dan pembelajaran pelajar adalah sangat penting dalam membawa kepada kemudahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tugasan sebagai sorang guru adalah dipenuhi dengan tanggungjawab, maka apabila suatu tugasan itu diuruskan dengan baik maka sudah pasti akan menghasilkan sesuatu yang baik.

PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR :

definis
KONSEP  DALAM PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR: Mengawal, Merancang, Pengalaman, Mengarah
persediaan rancangan kerja
kepentingan  pengurusan pembelajaran


KAEDAH PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN :
Berkaitan dengan model prinsip dan teori pembelajaran
Menggunkan kaedah set induksi yang baik  dan mampu menarik minat pelajar
•Menggunakan kaedah demonstrasi 

RUJUKAN
https://www.scribd.com/document/344679606/Topik-2-Kajian-Pengurusan-Dan-Pembelajaran-Pelajar

Comments