Gillin
mengatakan bahawa interaksi merupakan suatu hubungan yang bersifat dinamik di
dalam bersosial antara individu dengan individu yang lainnya, individu dengan
kelompoknya atau kelompok lain dengan satu kelompok yang lain. Manakala menurut
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat pula, interaksi bermaksud tindakan atau
perhubungan aktif antara satu dama lain, tindak balas antara dua atau beberapa
pihak di mana di dalam proses tersebut, interaksi yang berlaku di dalam
persekitaran adalah bertujuan untuk mempengaruhi satu sama lain.
Selain itu, Interaksi
juga adalah suatu jenis tindakan yang terjadi ketika dua atau lebih objek
mempengaruhi atau memiliki kesan satu
sama lain. Interaksi juga merupakan tindakan atau perhubungan aktif antara satu
sama lain, tindak balas antara dua pihak
atau lebih Oleh itu dapat difahami
bahawa interaksi merupakan sebuah tindakan atau tindak balas antara dua pihak
atau lebih.
Terdapat beberapa jenis
interaksi di dalam proses pembelajaran . sebagai contoh interaksi yang terdapat
di bilik darjah dapat menunjukkan sebuah interaksi dua hala. Sebagai
contoh, apabila guru bertanya pelajar
menjawab, atau pelajar bertanya guru menjawab. Perkara ini menunjukkan bahawa
terdapat tindakbalas yang dilakukan diantara kedua-dua pihak . Selain itu, terdapat juga interaksi
kumpulan. Interaksi jenis ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar aktif dalam
PDP. Kerja
berkumpulan diwujudkan supaya pelajar dapat berinteraksi dengan sesama mereka dalam
perbincangan. Dalam keadaan ini, pelajar yang takut, malu dengan
kehadiran guru boleh dan mampu berinteraksi dengan aktif bersama
rakan lain. Sesi sumbang saran sebegini
mampu menjana idea yang berkualiti daripada pelajar. Selanjutnya, terdapat juga
interaksi antara kumpulan
Interaksi dalam
pembelajaran juga tidak ketinggalan daripada merangkumi aspek komunikasi.Proses
interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa.Interaksi
adalah proses saling mempengaruhi dalam bentuk perilaku atau kegiatan di antara
anggota-anggota masyarakat (Effendy. 1989: 184) . Individu, emosi, perlakuan
dan tindak balas dapat dianalisis melalui interaksi dengan individu lain
melalui proses interaksi dalam kehidupan sosial mereka. Individu-individu ini
berinteraksi menggunakan simbol-simbol iaitu mengandungi tanda-tanda, isyarat dan
kata-kata (Mead 1934).
Antara bentuk komunikasi
ialah komunikasi lisan ( menggunakan bahasa, intosnasi suara ataupun dialek),
Komunikasi tanpa lisan ( gerak isyarat
seperti senyum,angguk kepala, ‘eye contact’ ) dan komunikasi persuratan, komunikasi
visual, komunikasi isyarat. Tahap komunikasi juga terbahagi kepada beberapa
bahagian iaitu, komunikasi intraperibadi, komunikasi antara peribadi, komunikasi kumpulan kecil,
komunikasi kumpulan besar dan komunikasi keorganisasian. Kemahiran komunikasi
yang hanya menggunakan akal atau hanya menggunakan perasaan akan menjadi tidak
berkesan. Seseorang yang berkomunikasi dengan berkesan akan menggunakan kesemua
deria manusia dengan bijaksana.
Kesimpulan bagi
topik ini ialah, interaksi dan pembelajaran merupakan sebuah elemen
penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu penyampaian ataupun ilmu yang
ingin di sampaikan. Interaksi dan
pembelajaran merupakan sebuah jalinan penting dalam menghubungkaitkan sesuatu
ilmu yang disampaikan agar ianya dapat meresap dalam kefahaman murid dalam
proses PDP.
INTERAKSI DAN
PEMBELAJARAN :
•definisi
•jenis jenis interaksi
•komunikasi
JENIS INTERAKSI :
•INTERAKSI SEHALA
•INTERAKSI DUA HALA DI
ANTAR (guru dengan murid)
•INTERAKSI DUA HALA (antara murid dengan
murid)
•INTERAKSI PELBAGAI
HALA (anatar guru dengan
murid dan murid dengan murid)
RUJUKAN :
Kamus Dewan Edisi Keempat
Comments
Post a Comment