Budaya sekolah merujuk
kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktis keselamatan dan struktur
organsasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses
prmbentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Budaya sekolah
juga lebh merujuk kepada cara, gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.
Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, symbol dan bahasa
yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang
dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu
supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Di dalam budaya sekolah ini,
terkandungnya corak idea serta nilai-nilai yang menyumbang kepada pembentukan
kelakuan individu.
Antara budaya yang terdapat di sekolah ialah budaya
belajar, budaya berpakaian, budaya hormat menghormati, budaya berani menyoal,
budaya membaca dan budaya penyayang. Sebagai contoh, budaya belajar ianya akan
membawa pengaruh dalam proses pembelajaran. Budaya yang positif seperti sikap
suka bertanya akan dapat membolehkan murid memahami sesuatu pengajaran itu
dengan lebih jelas. Budaya yang negative pula akan menyebabkan proses engajaran
itu terganggu dan maklumat tidak dapat disampai kepada murid.
Perbezaan budaya sekolah yang diamalkan disekolah di
bandar lebih sistematik berbanding luar bandar. Pelajar di sekolah bandar lebih
senang dibentuk dan didisiplinkan serta pihak sekolah di sekolah bandar juga
lebih tegas dan peka dengan pelajar yang melanggar peraturan. Selain itu, ianya
berkait rapat dengan zaman yang semakin maju dimana pelajar lebih berfikiran
terbuka kerana pelajar di kawasan bandar lebih banyak terdedah dengan
perkembangan semasa berbanding pelajar diluar bandar. Berbeza pula dengan
sekolah di luar bandar yang kurang sistematik berbanding sekola dibandar kerana
faktor persekitaran dan kemudahan. Peraturan yang ditetapkan di sekolah luar
bandar kebanyakannya tidak diikuti dan pihak sekolah juga memandang remeh
tentang hal ini. Hal ini demikian kerana pelajar di luar bandar itu sendiri
sukar untuk dikawal kerana kebanyakan mereka juga tidak dikawal oleh ibu bapa
sendiri.
Budaya berpakaian yang diamalkan disekolah pada waktu ini
adalah relaven dan sesuai denga tuntutan agama masing-masing. Para pelajar akan
mengenakan pakaian seragam sekolah dengan mempunyai identiti sebagai pelajar
sekolah. Pengenaan pakaian ini adalah dapat membezakan pakaian pelajar sekolah
dengan orang awam. Penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap pemakaian di
sekolaha daah melalui mengetatkan unang- undang sejolah, membuat pemeriksaan
kepada pelajar dan mengenakan hukuman yang setimpal bagi pelajar yang melakukan
kesalahan.
Masyarakat sekeliling juga turut mempengaruhi budaya
sekolah. Budaya sekolah yang dimaksudkan di sini adalah budaya aktiviti ko-kurikulum
yang diamalkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Masyrakat sekeliling dapat
mempengaruhi aktiviti ko-kurikulum melalui aktiviti-aktiviti setempat yang
dijalankan di kawasan tersebut. Sebagai contoh, sekolah dikawasan pedalaman
lebih sesuai diadakan aktiviti perkhemahan berbanding lawatan sambil belajar ke
pusat sains dan juga sealiknya.
Kesimpulannya, komitmen adalah satu sikap diri yang
ditunjukkan dalam segala tingkah laku dan cara berfikir seseorang dalam
melaksanakan tugasan dan tanggungjawab. Budaya yang terdapat di sekolah banyak
memberi kesan terhadap murid dan memberi kesan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Komitmen yang tinggi terhadap kelangsungan organisasi dan
kebanyakan murid umpama dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya dari segi
kehadiran, mengajar dengan penuh bersemangat, tumpuan kepada kerja dan mutu
kerja, menepati masa dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi
mengatasi kepentingan peribadi.
Pengurusan Pelbagai
Budaya :
•Definisi
•Budaya belajar
•Budaya berpakaian
•Budaya penyayang
•Budaya membaca
•Budaya berani menyoal
•Budaya saling hormat menghormati
Comments
Post a Comment