Menurut
James A.F Stoner & Charles Wienkel, pengurusan adalah proses merancang,
mengorganisasi, memimpin, dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan
menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat
organisasi yang ditetapkan. Pengurusan juga adalah proses mencapai matlamat
organisasi dengan bekerja dengan dan melalui orang dan sumber-sumber organisasi
lain.
Sumber pula merujuk kepada sesuatu bahan yang boleh digunakan serta
dimanfaatkan oleh manusia dalam aktiviti ataupun kegiatan harian. Sumber
terdiri daripada pelbagai kategori iaitu sumber alam semula jadi, sumber
manusia, kewangan dan teknologi. Kategori sumber tersebut digunakan manusia
secara langsung untuk proses kelangsungan hidup serta mempunyai perkaitan
dengan definisi
pengurusan tadi.
Pengurusan ialah
melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan
usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara
cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.Sumber merupakan
bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga
merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk
membolehkan dan memudahkan pembelajaran
seseorang pelajar.
Jenis-jenis sumber yang
terdapat ialah perpustakaan,
makmal sains dan makmal komputer. Perpustakaan
merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan sumber- sumber
ilmu dahulu dan kini. Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses
maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan
bercetak, bukan bercetak dan digital. Pusat sumber perlu diurus secara
sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat
membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas
yang dibina untuk pengajaran pembelajaran amali sains . Aspek utama dalam
pengurusan makmal sains ialah keceriaan makmal sains, penggunaan dan
penyimpanan peralatan dan bahan serta keselamatan makmal sains. Tindakan guru
samasa berlakunya kemalangan di dalam makmal sains ialah mengenalpasti jenis
kemalangan yang berlaku dan jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat
mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman. Jika kecederaan teruk,
minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah, bagi kemalangan
besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera dan memberitahu
ibu bapa pelajar yang berkenaan. Guru harus merekod dan melaporkannya kepada
pihak pentadbir sekolah.
Di makmal komputer pula, menekankan beberapa aspek yang
harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi
perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.
Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini
diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa. Pengguna
tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa
ketiadaan guru Selain itu,. sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan
segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
Kesimpulannya, pengurusan sumber memberi gambaran yang
luas terhadap tugasan guru dalam menguruskan sumber-sumber yang terdapat
disekolah bagi kegunaan murid disamping turut berperanan untuk memntau
keselamatan murid sewaktu menggunakan sumber yang digunakan.
Pengurusan Sumber :
•Definisi
•Kepentingan sumber
•Jenis-jenis sumber
Jenis-jenis Sumber :
•Perpustakaan
•Makmal sains
•Makmal komputer
RUJUKAN :
Comments
Post a Comment