TOPIK 5: PENGURUSAN MURID


Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian daripada pentadbiran sekolah yang sangat penting. Hal ini adalah kerana ianya berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain daripada itu, pengurusan murid haruslah dibuat secara sistematik agar ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang telah dibuat. Oleh sebab itulah wujudnya jawatan Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang brtujuan untuk menyelaraskan pengurusan murid daripada pelbagai aspek seperti disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid
            Pengurusan murid  terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mengurus rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid. Menguruskan rekod murid adalah termasuk dalam  pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah. Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru dalam menguruskan rekod murid   ialah guru perlu menguruskan tugasan murid, melakukan pemauntaun terhadap kerja murid, menguruskan hasil tugasan murid, prosedur untuk murid  yang tidak hadir,kriteria-kriteria hasil tugasan,arahan untuk tugasan, komunikasi tugasan dan keperluan tugasan dan maklumbalas  dan prosedur pemantaun.
            Kesediaan pelajar pula adalah keadaan diri  sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan kebolehan untuk memperolehi sesutu pengalaman  pembelajaran  yang baru. Jenis kesediaan belajar pula terbahagi kepada tiga iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan psikomotor. Kesediaan kognitif ini adalah berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir dan perkembangan mental juga dikatakan bergantung kepada umur seseorang. Dalam hal ini, keupayaan ini bertambah mengikut tahap perkembangan umur seseorang. Murid dalam kelas akan merasa seronok untuk memulakan pembelajaran sekiranya guru menggunakan kaedah permainan dalam memulakan sesi pengajaran. Hal ini adalah kerana, murid menerima rangsangan dan mengakibatkan mereka seronok untuk memulakan pembelajaran. Kesannya, mereka akan seronok untuk memulakan sesi pembelajaran dengan lebih berkesan. Manakala kesediaan afektif pula ialah merujuk kepada sikap , keinginan dan keterunan  untuk menerima pelajaran yang di sampaikan. Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agesif . Kesediaan  Psikomotor pula, merujuk kepada penguasaan kemahiran yang berpusat kepada  tindakan fizikal iaitu  fungsi anggota  dan pengawalan penyelarasan penggerak di dalam seluruh tubuh badan . kebolehan setiap  murid adalah berbeza dan perancangan pelajaran perlu mengambil kira  masalah  perbezaan  yang wujud dalam diri individu.
Pengurusan murid yang seterusnya adalah memotivasikan murid. Guru  perlu mendorong pelajar untuk mencapai   matlamat dan hasil  pembelajaran  yang ditetapkan oleh guru. Implikasi daripada ini dapat  meningkatkan pencapaian  pelajar . Guru hendaklah tidak mengabaikan  pelajar yang lemah dan sentiasa memberi kata-kata perangsang. Guru hendaklah menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif apabila berhadapan dengan pelajar. Selain itu, suasana pembelajaran yang  menyeronokkan juga adakalanya menjadi motivasi untuk murid.


Kesimpulannya, Pengurusan murid memerlukan pelbagai jenis rekod bagi memastikan kelancaran pengurusan murid-murid. Selain itu, guru juga perlu mengambil berat akan persediaan murid untuk belajar daripada segi kognitif, psikomotor dan afektif. Akhir sekali, guru mestilah menggunakan teknik yang betul untuk proses pengajaran dan pelajaran (PdP) murid dan dengan itu murid-murid akan mudah untuk menerima ilmu yang disampaikan kepada mereka


Pengurusan Murid :

Definisi


Merekod : Kesediaan murid dan Memotivasikan


Kesediaan kognitif
Kesediaan Afektif
kesediaan psikomotor


RUJUKAN

Comments