TOPIK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Menurut kamus dewan. kepimpinan merujuk kepada keupayaan memimpin merangkumi kebolehan , pencapaian, kejayaan pemimpin dan sebagainya. Menurut Amir Hassan Dawi, kepimpinan melibatkan bentuk interaksi antara pemimpin dan orang yang di pimpin. Organisasi pula menurut kamus dewan ialah perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau sesuatu kelompok (sekolah). Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah. Sistem di sekolah yang lebih tersusun mewujudkan suasana yang kondusif.
Terdapat beberapa gaya kepimpinan  iaitu autokratik, domokratik, Laissez-Faire, kontegensi, Asertive , Responsive dan konensi Terdapat empat gaya kepimpinan peringkat sekolah iaitu autokratik, demokratik, Laissez-faire dan kontingensi. Autokratik adalah interaksi sehala. Pengetua memberi arahan, guru - guru hanya mendengar dan mengikut sahaja. Guru-guru tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat atau memberi cadangan. Pengetua yang mengamalkan gaya kepimpinan jenis ini dapat memastikan perlaksanaan tugas dengan sempurna. Demokratik pula adalah interaksi dua hala. Pengetua akan berbincang, menerima dan memberi pandangan. Setiap sesuatu perkara diputuskan melalui suara majority. Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama. Menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira. Gaya Laissez-faire. Gaya ini bertentangan dengan gaya autokratik. Hal ini bermaksud tiada keyakinan diri dan tiada matlamat yang tetap. Kontigensi  pula ianya tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mengutamakan penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan mengikut keadaan. Asertif pula adalah bersifat bersungguh-sungguh, tegas dan mengeluarkan pendapat supaya diterima oleh orang lain. Responsif ialah pemimpin yang mendengar dan  melihat dahulu sebelum bertindak serta tidak memuakan sesuatu tetapi memberi reaksi ke atas sesuatu. Agresif  pula adalah gaya kepimpinan  jenis yang percaya kepada diri sendiri , berani , mementingkan kuasa dan inginkan keyajaan.
Kemahiran kepimpinan guru pula adalah  kebolehan mempengaruhi pelajar  dan bertindak sebagai rasan setugas, mentor, pembimbing, pakar kurikulum dan sebagai pembentuk pendekatan yang baru menerajui kumpulan pembelajaran. Selain itu, mengambil bahagian dala tugasa-tugas operasi sekolah . kepimpinan yang penting bagi seorang guru adalah berkeupayaan melakukan perubahan dengan memberi sumbangan idea yang baik, dapat diterima pakai dan melakukan tindakan sesudah dilantik terhadap jawatan yang dipertanggungjawabkan.
Kepimpinan di peringkat sekolah di barisi oleh pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM, PK ko kurikulum, guru kanan bidang. Kompeten kepimpinan guru menurut Clark ialah memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini. Selain itu, cekap menggunakan segala sumber yang ada secara optimum serta memiliki budaya jadi diri. Seorang pemimpin juga hendaklah mahir dalam berkomunikasi  dengan berkesan, produktif, mengamalkan budaya beretika serta mempunyai wawasan organisasinya,
Kesimpulannya seorang pemimpin hendaklah mempunyai kreteria yang berwawasan bagi memimpin orang lain. Organisasi pula merupakan sebuat unit yang sangat membawa impak terhadap sesuatu matlamat. Kedua-dua elemen ini adalah saling berhubung antara satu sama lain.




Kepimpinan Dan Organisasi :

Definisi
Gaya kepimpinan
Kemahiran kepimpinan guru
Barisan kepimpinan di peringkat sekolah



GAYA KEPIMPINAN :


AUTOKRATIK: (Interaksi sehala)
DEMOKRATIK: (Interaksi dua hala) dan (lebih iberal dan menerima pendapat orang lain)
KONTIGENSI : (Tiada cara khusus sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi 
                              sekolah)
LAISSEZ-FAIRE : (Memberi kebebasan dan kurang unsur kawalan)


RUJUKAN
1. James D. Mooney (1939). The principles of organization. New York: Harper & Brothers.
2. Stephen P. Robbins (2002). Organnizational Behaviour. United States: Pearson Custom Publishing
3. George R. Terry (1972). Principles of Management. United States: Pearson Custom Publishing.
4. Kamus Dewan edisi keempat

Comments