Sekolah merupakan pusat
penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan. Persekitaran sekolah pula merupakan
kawasan sekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang tingggal
berhampiran dengan sesebuah sekolah. Sekolah berobjektf untuk mencapai objektif dan mtlamat sosial
bagi melahirkan manusia yang cemerlang dari segi keilmuan tetapi
membentuk manusia yang bersahsiah baik
serta memahami tanggungjawab
selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Persekitaran fizikal merupakan sususnan dan reka bentuk
fizikal di sekolah. Aspek yang di beri perhatian dalam persekitara fizikal ini
adalah seperti sumber bahan pembelajaran, pencahayaan, ruang atau sudut
pembelajaran, pengudaraan, perabot dan kebersihan. Persekitaran psikososial
pula merupaka sebuah suasana selesa dan mesra. Suasana yang baik yang dapat
merangsang pelajaran dan menggalakkan pembelajaran koperatif. Bebas daripada
ancaman dan bahaya fizikal. Selain itu, ianya juga turut memberi peluang yang
sama kepada semua murid tanpa meminggirkan mana-mana pihak.
Selain itu, ciri-ciri iklim sekolah yang kondusif adalah
melalui hubungan yang saling menghormati antara guru dengan para pelajarnya.
Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang
diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. Perasaan kekitaan yang timbul di
antara pada pelajar dan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang masra dan
bahagia.
Peranan sekolah kepada masyarakat adalah melibatkan
proses sosialisasi di mana kanak-kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya
dan menjadiakan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka. Pendidikan
dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara
kretif dan kritis. Latihan pula dilihat sebagai memberi kamahiran teknikal dan
psikomotor.
Hubungan sekolah dengan ibu bapa ialah dengan mewujudkan
muafakat antara ibi bapa dan guru. Hubungan ini turut membantu dalam memajukan perkembangan
murid. Kebajiakan murid akan terjaga hasil daripada usaha ini dan Ia juga dapat
menambah sumber kewangan sekolah.
Anggota masyarakat, sekolah dan pelajar akan turut serta dalam
menjayakan aktiviti dan program sekolah dan hubungan ini menunjukkan adenya
interaksi dan kerjasama antara semua pihak.
Kesimpulannya, hubungan anatara sekolah dan masyarakat
serta hubungan antara guru dengan ibu bapa dapat membentu mancapai matlamat
sekolah malah pelajar juga turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu
peningkatan daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Sekolah Dan
Persekitaran :
•Definisi
•Persekitaran Fizikal
•Persekitaran
Psikososial
•Ciri-ciri iklim
sekolah yang kondusif
•Hubungan sekolah
dengan masyarakat
•Peranan sekolah dalam
masyarakat
Cabaran-cabaran Yang
Dihadapi :
•sikap ibu bapa yang
menyerahkan tugas mendidik anak
sepenuhnya kepada guru
•Ibu bapa mudah
menunding jari kepada guru apabila anak-anak mereka terlibat dalam gejala
sosial
•ibubapa mudah
mengambil tindakan guaman apabila pihak sekolah mengambil tindakan disiplin
terhadap anak mereka
RUJUKAN :
Kamaruddin, H.H. (1994), Dinamika Sekolah dan Bilik
Darjah, UPM Serdang, Utusan Publications & distributors Sdn Bhd.
Comments
Post a Comment