Pengurusan murid
pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid
yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid
pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan
ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara
fizikal atau mental. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan
khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan
penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan
(developmental skills). Pendekatan tradisi atau terlebih dahulu menekankan
kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan untuk
kanak-kanak dengan berkeperluan khas. Mereka termasuk golongan yang mempunyai
masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam
pembelajaran dan pintar cerdas. Objektif pendidikan khas ini adalah untuk
menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid berkeperluan
khas. Selain itu ianya juga bertujuan untuk menyediakan peluang untuk
mengembangkan bakat dan potensi murid keperluan khas.
Selain itu, Program Pemulihan juga merupakan
langkah-langkah khusus yang dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid
yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Golongan pelbagai upaya ini perlu dipulihkan
sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan oleh guru mata pelajaran
atau guru bilik darjah dengan langkah-langkah yang sewajarnya. Pemulihan
merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif yang diguakan
untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan
program pemulihan ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya
pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti.
Selanjutnya, pengayaan pula merupakan aktiviti-aktiviti
tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam
waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti pengayaan disediakan untuk
semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah
dan sama ada kumpulan cerdas atau sederhana cerdas. Dalam kajian terhadap
pengurusan murid pebagai upaya ini, pengayaan merujuk kepada aktiviti-aktiviti
yang dilakukan oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran untuk menambahkan
pengetahuan dan memperluaskan pengalaman mereka. Melalui pengayaan ini guru
perlu menyediakan bahan bantu belajar seperti kad-kad bacaan tambahan, lembaran
kerja, permainan dan rekreasi, dan alat-alat teknologi yang lain.
Kesimpulanya, pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai
upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai. Pengurusan murid
merupakan satu bidang yang penting disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di
sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan
sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan
fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Walaubagaimanapun, usaha yang
dijalankan dan ditambahbaikkan ia akan membantu ramai individu kurang upaya
untuk turut berjaya didalam akademik. Maka, ianya dapat difahami bahawa
pengurusan pelbagai upaya adalah merupakan sebuah usaha untuk membantu ramai
individu lain yang mempunyai keupayaan yang berbeza untuk turut sama berjaya dalam
akedemik.
Pengurusan Murid
Pelbagai Upaya :
•Definisi
•Pendidikan khas
•Program Pemulihan
•Pengayaan
Cabaran Guru :
•Pelbagai karenah murid
yang berbeza terpaksa mereka hadapi
•Cabaran daripada ibu
bapa apabila meletakkan harapan yang tinggu terhadap guru
•Cabaran daripada
murid-murid itu sendiri
Comments
Post a Comment