Sosiologi merupakan
sebuah kajian mengenai kehidupan sosial,
perubahan sosial, dan sebab sosial dan akibat dalam tingkah laku manusia
(American Sociological Association, 2006) Sosiologi merupakan kajian saintifik
mengenai masyarakat dan tingkah laku manusia. Tumpuan perspektif
sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak interaksi dan
proses kelompok. Oleh itu, sosiologi merupakan kajian sistematik dan saintifik
tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut.
Di dalam sosiologi pendidikan terdapat tiga aspek yang dititikberatkan
di dalam melakukan perubahan terhadap para pelajar iaitu daripada aspek
fizikal, moral dan sosial kerana hanya pendidikan sahaja yang boleh
menghubungkan ketiga-tiga aspek tersebut seterusnya mengubah nilai hidup secara
cara pelajar sepatutnya bertindak, berfikir dan mengeluarkan idea.
Tiga isi penting yang
saya pelajari dalam topik ini ialah berkaitan dengan tiga teori . Teori yang pertama ialah
teori Teori Fungsionalisme. Teori ini
adalah berkenaan dengan perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat dianggap seperti tubuh
yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri
iaitu ianya mempunyai tujuan dan keperluan tertentu.Selain itu, struktur sosial juga turut menentukan kelancaran keharmonian dan
perjalanan masyarakat. Antara tokoh yang terlibat dengan teori ini ialah Auguste Comte.
Teori yang kedua iaitu
Teori Konflik. Di dalam teori ini turut menganalisis konflik-konflik dalam
masyarakat. Konflik ini biasanya banyak terdapat dalam struktur masyarakat. Di dalam teori ini
juga turut menyatakan persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat
seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan
kepada manusia atau sebaliknya. Antara tokoh yang terlibat dalam teori ini
ialah Karl Marx.
Teori yang seterusnya
ialah Teori Interaksionisme Simbolik. Di dalam teori ini pula membincangkan bagaimana
seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing
dalam masyarakat. Makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif juga
turut dikaji. Makna yang simbolik berguna semasa interaksi di mana
makna-makna berkenaan menyebabkan
hubungan bertambah mesra .Makna adalah sesuatu yang dirundingkan. Interaksi
sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar. Antara tokoh
yang terlibat dalam teori ini ialah George Herbert Mead.
•SOSIOLOGI
DAN PEMBELAJARAN•TEORI:
•TEORI KONFLIK: menganalisis konflik-konflik masyarakat•TEORI FUNGSIONALISME: setiap masyarakat mempunyai fungsi yang serupa dalam menjalankan tugas•TEORI INTERAKSIONISME: membincangkan bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
•TEORI KONFLIK: menganalisis konflik-konflik masyarakat•TEORI FUNGSIONALISME: setiap masyarakat mempunyai fungsi yang serupa dalam menjalankan tugas•TEORI INTERAKSIONISME: membincangkan bagaimana seseorang menginterpretasikan dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat.
Kesimpulan yang dapat
dibuat daripada topik ini ialah seorang pendidik dan sosiologi adalah suatu perkara yang sangat
berkaitan antara satu dengan lain. Fenomena-fenomena yang berlaku dalam dunia
pendidikan (termasuk sekolah) perlu dianalisis dalam perspektif sosiologi.Hal
ini adalah dapat memudahkah bakal-bakal pendidik untuk lebih memahami situasi
masyarakat kerana profesion mereka tidak
dapat dipisahkan dengan berinteraksi bersama masyarakat.
RUJUKAN
Teori-teori Penghantar
dan Terapan, halaman 3
Comments
Post a Comment