Dalam bilik darjah,
selain mengajar, guru juga memainkan peranan sebagai pengurus. Tugas guru
sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya
menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal
bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan
sebagainya. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebgai pengurus akan
mewujudkan sosioemosi yang selasa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik
darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
Asas kemahiran yang perlu ada pada seorang guru untuk
menguruskan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah pengetahuan guru mengenai
nama dan latar belakang pelajar. Hal ini menunjukkan bahawa guru tersebut
mengambil berat terhadap semua
pelajarnya didalam bilik darjah. Pelajar akan merasa hubungan mereka lebih
rapat dan mesra dengan guru. Manakala guru pula mampu mendekati pelajarnya dan
dapat mengguanakan teknik yang sesuai untuk mendidik pelajarnya.
Selain itu, cara seorang guru dalam membentuk suasana
yang kondusif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah
melalui komunikasi. Melalui komunikasi,
ia dapat menghasilkan sebuah motivasi yang berkesan dan nilai-nilai murni dalam
diri pelajar dapat ditanam dan diterapkan dengan mudah dan berkesan. Disamping
ity, murid-murid juga dapat menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah
dan berkhikmah. Kepentingan pengurusan alam pembelajaran menurut Noraisah Ibni
Qasim ialah pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang
diperuntukakan untuk mengajar, mamastikan objektif pembelajaran dan pengajaran
tercapai sarta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar
terhadap pengajaran tersebut.
Menurut Ee Ah Meng (1995), pengurusan hal ehwal murid
dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru,
dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan,
menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping
menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan
kesetiaan murid terhadap gurunya dan kemujaraban pemindaan maklumat daripada
guru kepada muridnya. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kualiti
dan kuantiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasil nya. Biasanya
tingkah laku dn minat murid akan berubah apabila bertukar guru, terdapat guru
yang digemari murid dan sebaliknya.
Kesimpulannya pengurusan alam pembelajaran ini perlu
dititik beratkan oleh para guru supaya minat para pelajar dapat dipupuk dengan
mudah. Selain itu, segala pemindahan maklumat akan berjalan lancar sekaligus meningkatkan
pencapaian para pelajar. Pentingnya
pengurusan alam pembelajaran supaya semasa dalam kelas, sesi pembelajaran
berlangsung dengan lancar dan masalah guru dalam terlebih atau terkurang masa
untuk mengajar subjek tersebut tadak berlaku.
Pengurusan Alam
Pembelajaran :
•Asas kemahiran
yang perlu ada bagi seorang guru :
•Pengetahuan guru
mengenai nama dan latar belakang pelajar
•Prosedur menetapkan
peraturan di bilik darjah
•Perancangan yang rapi
berkaitan dengan susun atur bilik darjah
•Membentuk suasana
kondusif melalui komunikasi:
•mewujudkan suasana
pembelajaan yang dinamik
•menanamkan nilai-nilai
murni
RUJUKAN :
Comments
Post a Comment