TAJUK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


Bimbingan adalah satu proses membantu individu atau kelompok pada bila-bila masa untuk mengembangkan kapasiti mereka agar dapat membuat pilihan yang bijak dari aspek peribadi, sosial, akademik, kerjaya dan sebagainya semi masyarakat amnya dan individu khasnya. Zuraidah (1990), memberi nasihat adalah strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan persaan individu yang terlibat. Kamus Dewan, nasihat ialah ajaran, petunjuk, yang baik peringatan mengusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Gibson dan Mitchell (1999), nasihat digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Ia juga mengajar bagaimana untuk berfikir dan bertindak.
Ciri-ciri penasihatan ini berfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah. Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan. Bentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan. Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberikan peluang perkhidmatan penasihatan tanpa mengira kaum, status, latar belakang, sosial, agama dan kepercayaannya. Perkhidmatan penasihatan ini adalah tanggunggjawab bersama sama ada antara pembimbing dengan murid ataupun pembimbing ibu bapa. Penasihatan hanya boleh oleh kaunselor yang bertauliah atau guru bimbingan yang terlatih iaitu orang yang berupaya membimbing muridnya. Tindakan susulan hendaklah dirancangkan selepas proses penasihatan agar memastikan masalah yang dihadapi terurus.
Antara tugasan yang perlu dilakukan dalam pengurusan penasihatan murid ini ialah, menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbngan dan kaunseking sekolah. Selain ituguru juga bertanggunjawab untuk merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod dan inventori murid. Guru berkenaan juga perlu mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada semua murid melalui sebarang media yang sesuai. Selain itu, segala aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok dan tujuk ajar yang merancang perkembangan murid secara optimum hendaklah dikelolakan dan bertanggungjawab untuk melaksanakan.
 Antara jenis perkhidmatan binbingan yang disediakan ialah perkhidmatan memberi maklumat (menyebarkan maklumat pelajaran, kerjaya dan lain-lain) ,  perkhidmtan petempatan(membantu murid-murid memilih kegiatan bidang kokurikulum yang sejajar dengan kebolehan, minat dan kemampuannya), perkhidmatan mencegah penyalah gunaan dadah (memupuk rasa benci terhadap dadah), perkhidmatan perundingan dan rujukan (merancang bersama-sama guru tentang cara-cara yang paling berkesan untuk megawasi kemajuan murid-murid) , perkhidmatan  penyelarasan sumber (menjadi penyelaras untuk kebajikan majikan, agensi-agensi kebajikan dan orang-orang kenamaan tempatan dalam program bimbingan di sekolah) , perkhidmatan  dengan ibu bapa (Bekerjasama dengan ibu bapa dalam mewujudkan disiplin di kalangan murid-murid) dan perkhidmatan penilaian (mengadakan program pembimbing rakan sebaya dan program latihan)
            Kesimpulannya, pengurusan penasihatan murid merupakan suatu bentuk untuk memberi bimbingan dan panduan kepada murid untuk membuat pilihan yang baik untuk kehidupan mereka dan ianya juga merupakan suatu tugas yang memerlukan ibu bapa, pihak sekolah, guru dan murid untuk memberi kerjasama bagi sama-sama terlibat untuk membantu. Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu murid-murid dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Langkah yang berbeza ini bertepatan kerana setiap individu mempunyai masalah konflik dan matlamat tersendiri. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap murid harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.



Pengurusan Penasihatan Murid :

Definisi
Ciri-ciri penasihatan
Pengurusan buku Rekod perkhidmatan
pengurusan perkhidmatan binbingan kaunseling
pengurusan fail-fail perkhidmatan
Tugasan guru pembimbing dan kaunseling


Tugasan Guru Pembimbing :
Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti
Merancang, mengawal selia dan mengemas kini rekod  dan inventori
Membuat penilaianaktiviti, modul, instrumen pendekatan unuk meningkatkan mutu dperkhidmatan 
  bimbingan dan kaunseling

Comments